Tuesday 14 October, 2008

PENYEDIAAN BAHAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN My5CHEMT

KREATIVITI DALAM PENYEDIAAN BAHAN BANTUAN PENGAJARAN
MENGGUNAKAN MY- 5CHEM-T


Hj Abdul Rasid bin Bakar
Guru Cemerlang Kimia
SMK Tinggi Melaka, Melaka.
abdrbb@tm.net.my


Mata pelajaran kimia merupakan suatu mata pelajaran yang selalu dikaitkan dengan sesuatu yang abstrak. Sesuatu pemerhatian kimia dalam suatu tindak balas misalnya boleh dilihat perubahannya tetapi mekanisma tindak balas yang berlaku yang melibatkan zarah-zarah adalah sukar digambarkan dengan mata kasar. Penggunaan bahan sokongan sedia ada seperti ‘teaching courseware’ kadang kala tidak dapat disesuaikan dengan perkembangan pengajaran bagi kumpulan murid tertentu kerana bahan sokongan tersebut disediakan untuk kegunaan seluruh pelajar. Seseorang guru sebenarnya mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Dengan bantuan dan bahan sokongan yang tidak terbatas kepada sesuatu kaedah atau pendekatan seseorang guru mampu untuk menghasikan bahan bantuan mengajar(BBM) berdasarkan kemampuan murid mereka sendiri. Dengan membekalkan kepada guru bahan-bahan asas seperti gambarajah, gambar dan video yang berkaitan sesuatu tajuk dalam kimia, ia akan memudahkan kepada guru untuk menghasilkan sendiri bahan persembahan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dalam bilik darjah.

Bahan My Five Chemistry Tool(My-5Chem-T) ialah BBM yang membantu guru menyediakan persembahan ‘power-point’ bagi kegunaan guru untuk bahan pengajaran dalam bilik darjah. Ianya merupakan bahan multimedia yang terdiri daripada lima pakej yang telah dikompilasikan dalam satu CD. Ianya terdiri daripada ChemVideo, ChemAnimation, ChemPicture, ChemDiagram dan ChemModul. ChemVideo merupakan kompilasi bahan video yang berkaitan tindak balas kimia, bahan kimia merbahaya dan proses-proses kimia yang bersangkutan dengan kandungan mata pelajaran kimia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). ChemAnimasion pula adalah animasi bahan berkaitan proses kimia yang sukar atau tidak boleh diperhatikan dengan mata kasar manakala ChemPicture dan ChemDiagram adalah kompilasi gambar dan rajah-rajah yang berkaitan dengan kimia. ChemModul adalah satu contoh modul pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunapakai oleh seseorang guru kimia bagi merancang pengajaran mereka. Bahan-bahan ini boleh diintergrasikan dalam penyediaan persembahan ‘power-point’ yang dikehendaki berdasarkan tajuk yang telah dirancangkan. Hasilnya guru dapat menyediakan bahan pengajaran yang boleh disesuaikan mengikut keupayaan murid.






5 comments:

khat said...

Hi Rasid,

Where can we get hold of this My5ChemT.

Wong, BTP

WengSiong said...

Hi Tuan Hj Abdul Rasid bin Bakar,
I am Just graduated from University Malaya, which major in Chemistry.
I am intersted with your "My5CHEMT". I wish i could get a hold of "My5CHEMT" so that it can help in my teaching of chemistry.
Thanks.

your regards,
WengSiong

cikgu rohizan said...

Assalamualaikum Tn Hj.
Saya Cikgu Mohd Rohizan. mengajar kimia. Saya berminat untuk memiliki My5CHEMT. Bagaimanakah caranya?
harap boleh reply mohdrohizan@gmail.com

Tulip putih said...

i also interested with my5chemtools..how can i get it?
sab_tpp@yahoo.com..tqvm

cikgunazuha said...

As salam...saya ingin mendapatkan cd ini..bagi membantu dlm tesis saya....bagaimana caranya?