Monday 6 July 2009

SAMBUTAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK SMK TINGGI MELAKA

Sambutan bulan Sains dan Matematik peringkat sekolah telah diadakan pada 15 hingga 30 Jun 2009. Sambutan pada tahun ini bertemakan Ke arah Kecemerlangan Pendidikan Sains dan Matematik.
Objektif program tersebut adalah:
1. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia kepada situasi sebenar
2. Mencetuskan pemikiran kreatif dan bakat disamping membentuk nilai dan konsep kendiri.
3. Melahirkan modal insan yang memiliki ciri-ciri intelek dan kemahiran Sains dan Matematik bagi memacu negara ke arah kejayaan.
4. Memupuk kecintaan terhadap bidang Sains dan Matematik

Majlis perasmian Bulan Sains dan Matematik telah disempurnakan oleh En. Chong Yoon Choi, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Tinggi Melaka pada 15 Jun 2009 semasa perhimpunan rasmi sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:
(a) Kuiz Sains dan Matematik
(b) Pertandingan roket air
(c) Pertandingan mencipta payung terjun
(d) Kuiz ' Chemistry Mind Millionaire'
(e) Pertandingan jejak maklumat Sains dan Matematik
(f) 'Capture the Chem-Mystery'
(g) Pameran Sains, Biologi, Fizik dan Kimia oleh murid SMK Tinggi Melaka
(h) Pameran 'Solar Cooker'
(i) Pameran 'My Heart, My Insects and My Plants
(j) Pameran dan ceramah daripada Melaka Biotechnology Corporation
(k) Lawatan ke Jabatan Kimia Malaysia
(l) Lawatan ke Petronas Penapisan Melaka