Monday 6 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Salam Maal Hijrah 1432H saya ucapkan kepada semua khususnya saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai.


'Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukannya' Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Saturday 4 December 2010

ULANGKAJI AKHIR MENJELANG SPM

Assalamualaikum wbr, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Cikgu doakan semua sihat dan tenang menghadapi peperiksaan SPM. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir Bengkel Akhir Menjelang SPM pada hari Sabtu, saya percaya anda dapat membuat ulangkaji sendiri. Saya mendoakan kesejahteraan anda. Semuga dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Bagi pelajar Tingkatan 4, semuga anda dapat membuat Modul Golden Holiday yang dibekalkan sebelum cuti akhir tahun. Anda juga boleh membuat soalan-soalan dalam Modul Bengkel Akhir Menjelang SPM yang berkaitan tajuk-tajuk Tingkatan 4 sebagai ulangkaji.


Modul Bengkel Akhir Menjelang SPM