Tuesday 26 March 2013

PROGRAM GOLDEN HOLIDAY SIRI 1 TAHUN 2013

Program Golden Holiday Siri 1 Tahun 2013 untuk mata pelajaran Kimia akan diadakan pada hari Rabu, 27 Mac 2013 bertempat di Bilik Profesional, SMK Tinggi Melaka.
Soalan-soalan serta jawapan dalam modul boleh dimuat turun melalui 'link' di bawah.

Modul Golden Holiday Siri 1 Tahun 2013

Monday 6 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Salam Maal Hijrah 1432H saya ucapkan kepada semua khususnya saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai.


'Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukannya' Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Saturday 4 December 2010

ULANGKAJI AKHIR MENJELANG SPM

Assalamualaikum wbr, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Cikgu doakan semua sihat dan tenang menghadapi peperiksaan SPM. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir Bengkel Akhir Menjelang SPM pada hari Sabtu, saya percaya anda dapat membuat ulangkaji sendiri. Saya mendoakan kesejahteraan anda. Semuga dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Bagi pelajar Tingkatan 4, semuga anda dapat membuat Modul Golden Holiday yang dibekalkan sebelum cuti akhir tahun. Anda juga boleh membuat soalan-soalan dalam Modul Bengkel Akhir Menjelang SPM yang berkaitan tajuk-tajuk Tingkatan 4 sebagai ulangkaji.


Modul Bengkel Akhir Menjelang SPM

Thursday 31 December 2009

E-Rekod Mengajar dan Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum wbr, Selamat sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat Tahun Baru kepada semua khususnya warga SM Tinggi Melaka. Semuga pada tahun 2010 kita dapat berkhidmat dan bekerjasama dengan lebih baik lagi bagi menjayakan visi dan misi selolah khususnya dalam menjayakan Tugas Utama 2010 iaitu MHSMP (Memartabatkan High School , Memperkasakan Pelajar) seperti yang diilhamkan dan diwawarkan oleh Tn. Pengetua, Hj. Abd. Razak bin Che Ngah. Sebagai seorang daripada warga MHS, saya ingin berkongsi penggunaan sistem E-Rekod Mengajar dalam penulisan Rekod Mengajar Harian guru. Alhamdulillah taklimat kepada guru-guru telah diberikan pada 31 Disember 2009. Saya berharap rakan-rakan guru dapat memanfaatkan sistem tersebut bagi menyokong dan menjayakan salah satu bidang kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan kita iaitu ICT. Saya mengalu-alukan sebarang komen bagi penambahbaikan kepada sistem tersebut. Akhir kata saya petik satu ungkapan dalam buku 'Success One Day At A Time' dan 'Teamwork Makes The Dream Work' karangan John C. Maxwell ,
How do you spell Success?
Select your goal.
Unlock you personal potential.
Commit yourself to your plan.
Chart your course.
Expect problems.
Stand firm on your commitment.
Share the reward with others.

Working Together as a TEAM ; Together Everyone Achieves More

SELAMAT TAHUN BARU
Happy New Year

Sunday 6 December 2009

BENGKEL DI AMBANG SPM

Assalamualaikum wbr dan Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Bengkel Di Ambang SPM 2009 telah dan akan diadakan pada hari Jumaat, 4 Dis 2009 dan Isnin, 7 Dis 2009. Bagi yang tidak berkesempatan hadir sesi bengkel berkenaan cubalah menjawab soalan-soalan dalam modul ini. Saya doakan anda akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini terutamanya bagi subjek Chemistry. Selamat Menjawab Soalan Chemistry
Modul Di Ambang SPM 1 Chemistry 2

Tuesday 4 August 2009

PROGRAM ULANGKAJI INTENSIF(Intensive Revision Program)

Super Thinkers' Module IRP Set 3
Memandangkan pelajar MHS dikuarantin di rumah atas arahan Kementerian Kesihatan disebabkan langkah berjaga-jaga penularan wabak Influenza A H1N1, saya berharap anda dapat melakukan ulangkaji berdasarkan modul IRP Set 3. Jawapan disediakan diakhir modul. Sila cuba dahulu. Hubungi saya jika anda mempunyai masalah. Jaga diri anda baik-baik. Utamakan kebersihan diri. Patuhi langkah-langkah yang telah diberi oleh pihak Kementerian Kesihatan.