Thursday 31 December, 2009

E-Rekod Mengajar dan Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum wbr, Selamat sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat Tahun Baru kepada semua khususnya warga SM Tinggi Melaka. Semuga pada tahun 2010 kita dapat berkhidmat dan bekerjasama dengan lebih baik lagi bagi menjayakan visi dan misi selolah khususnya dalam menjayakan Tugas Utama 2010 iaitu MHSMP (Memartabatkan High School , Memperkasakan Pelajar) seperti yang diilhamkan dan diwawarkan oleh Tn. Pengetua, Hj. Abd. Razak bin Che Ngah. Sebagai seorang daripada warga MHS, saya ingin berkongsi penggunaan sistem E-Rekod Mengajar dalam penulisan Rekod Mengajar Harian guru. Alhamdulillah taklimat kepada guru-guru telah diberikan pada 31 Disember 2009. Saya berharap rakan-rakan guru dapat memanfaatkan sistem tersebut bagi menyokong dan menjayakan salah satu bidang kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan kita iaitu ICT. Saya mengalu-alukan sebarang komen bagi penambahbaikan kepada sistem tersebut. Akhir kata saya petik satu ungkapan dalam buku 'Success One Day At A Time' dan 'Teamwork Makes The Dream Work' karangan John C. Maxwell ,
How do you spell Success?
Select your goal.
Unlock you personal potential.
Commit yourself to your plan.
Chart your course.
Expect problems.
Stand firm on your commitment.
Share the reward with others.

Working Together as a TEAM ; Together Everyone Achieves More

SELAMAT TAHUN BARU
Happy New Year

6 comments:

Nor Aini said...

Assalamualaikum Tn.Hj.Rasid..
Tahniah & syabas kerana telah mengilham & membina program E-Rekod Mengajar.
Saya gembira & teruja untuk menngunakan kaedah baru ini.
Mudah2an semua pendidik MHS akan dapat memanfaatkan program ini sebaiknya..insyaAllah..(",)

Ramzi Abdul Rahim said...

Tahniah Sir Rashid... ingin juga nak berkongsi tapi tiada maklumat....

Unknown said...

Salam, Tuan Haji.

Saya merupakan Guru Media di SK Tmn Sutera. Telah lama saya bercita2 utk mengunakan aplikasi e-rekod. Bolehkah Tuan Hj berkongsi aplikasi ini dengan saya? Tahniah saya ucapkan kepada MHS kerana telah berjaya membangun sistem e-rekod ini. Saya berharap sgt Tuan Hj dapat berkongsi maklumat dengan saya. email saya : edina_hani@yahoo.com.my

Halizah Ahmad said...

Assalamualaikum Tn Hj,

Tahniah ats segala kejayaan. Kalau boleh saya juga ingin menggunakan applikasi ini..

Tinta Cikgu Amir said...

Salam Tuan Haji..

Tahniah tuan..mungkin peringkat permulaan agak berat diterima tapi secara perlahan2 akan mudah diterima oleh guru2 mhs

irshadian said...

saya adalah guru kimia di matrikulasi, mula berkhidmat setelah bergraduasi pada tahun ini. saya berharap tuan dapat berkongsi teknik dan ilmu berkaitan pengajaran kimia. tahniah kepada tuan.