Assalamualaikum wbr, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Cikgu doakan semua sihat dan tenang menghadapi peperiksaan SPM. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir Bengkel Akhir Menjelang SPM pada hari Sabtu, saya percaya anda dapat membuat ulangkaji sendiri. Saya mendoakan kesejahteraan anda. Semuga dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang dan memperolehi keputusan yang cemerlang.
Bagi pelajar Tingkatan 4, semuga anda dapat membuat Modul Golden Holiday yang dibekalkan sebelum cuti akhir tahun. Anda juga boleh membuat soalan-soalan dalam Modul Bengkel Akhir Menjelang SPM yang berkaitan tajuk-tajuk Tingkatan 4 sebagai ulangkaji.
Saya mengucapkan Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan kepada semua. Semuga kita dapat berkongsi pengalaman melalui laman ini. Kepada rakan guru kimia mudah-mudahan kita dapat berkongsi maklumat mengenai tugas seharian kita. Kepada pelajar saya berharap blog ini boleh dijadikan laman bagi anda berkongsi dan berinteraksi dengan saya. Terima kasih.
Saya seorang guru kimia yang mengajar di Sekolah Tinggi Melaka.Memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru di SMK Dato' Permaisuri, Miri, Sarawak pada tahun 1985. Kemudian bertugas di SMK Seri Tanjong, Melaka. Dilantik menjadi Guru Cemerlang Kimia DG2 dan seterusnya berpindah ke Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 2005 setelah dilantik sebagai Guru Cemerlang DG54.Alhamdulillah pada 1Jan 2009 saya telah dilantik sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C.