Thursday 31 December, 2009

E-Rekod Mengajar dan Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum wbr, Selamat sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat Tahun Baru kepada semua khususnya warga SM Tinggi Melaka. Semuga pada tahun 2010 kita dapat berkhidmat dan bekerjasama dengan lebih baik lagi bagi menjayakan visi dan misi selolah khususnya dalam menjayakan Tugas Utama 2010 iaitu MHSMP (Memartabatkan High School , Memperkasakan Pelajar) seperti yang diilhamkan dan diwawarkan oleh Tn. Pengetua, Hj. Abd. Razak bin Che Ngah. Sebagai seorang daripada warga MHS, saya ingin berkongsi penggunaan sistem E-Rekod Mengajar dalam penulisan Rekod Mengajar Harian guru. Alhamdulillah taklimat kepada guru-guru telah diberikan pada 31 Disember 2009. Saya berharap rakan-rakan guru dapat memanfaatkan sistem tersebut bagi menyokong dan menjayakan salah satu bidang kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan kita iaitu ICT. Saya mengalu-alukan sebarang komen bagi penambahbaikan kepada sistem tersebut. Akhir kata saya petik satu ungkapan dalam buku 'Success One Day At A Time' dan 'Teamwork Makes The Dream Work' karangan John C. Maxwell ,
How do you spell Success?
Select your goal.
Unlock you personal potential.
Commit yourself to your plan.
Chart your course.
Expect problems.
Stand firm on your commitment.
Share the reward with others.

Working Together as a TEAM ; Together Everyone Achieves More

SELAMAT TAHUN BARU
Happy New Year

Sunday 6 December, 2009

BENGKEL DI AMBANG SPM

Assalamualaikum wbr dan Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Bengkel Di Ambang SPM 2009 telah dan akan diadakan pada hari Jumaat, 4 Dis 2009 dan Isnin, 7 Dis 2009. Bagi yang tidak berkesempatan hadir sesi bengkel berkenaan cubalah menjawab soalan-soalan dalam modul ini. Saya doakan anda akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini terutamanya bagi subjek Chemistry. Selamat Menjawab Soalan Chemistry
Modul Di Ambang SPM 1 Chemistry 2